Isnin, 30 Mac 2026

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA SMK TAUN GUSI II, ENCIK ANJAN RUDIN

 31 Mac 2026, Kota Belud – Satu majlis perpisahan yang penuh emosi dan bermakna telah diadakan di Dewan Wawasan SMK Taun Gusi II bagi meraikan pemergian Pengetua sekolah, Encik Anjan Rudin, yang bakal memulakan tugas baharu di SMK Arshad, Kota Belud mulai 1 April 2026. Beliau mula berkhidmat sebagai Pengetua SMK Taun Gusi II pada 2 Mei 2024.

Majlis tersebut dihadiri oleh barisan guru kanan, para guru, serta pelajar sebagai tanda penghargaan terhadap kepimpinan dan jasa beliau sepanjang hampir dua tahun menerajui sekolah.

Dalam ucapan perpisahannya, Encik Anjan menegaskan bahawa kekuatan sebenar sesebuah institusi terletak pada semangat kebersamaan. Menurut beliau, kejayaan sekolah hadir apabila tiada jurang antara pengetua, guru, dan pelajar, dan semua pihak bergerak seiring untuk mencapai kecemerlangan.

Beliau turut dikenang sebagai pemimpin yang berjaya mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, harmoni serta memberi ruang kepada warga sekolah untuk berkembang dengan lebih positif.

Dalam amanatnya, beliau menekankan nilai hormat sebagai asas kejayaan.

“Hanya yang menghormati ketua yang berjaya,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada pelajar agar sentiasa menuntut ilmu dengan gigih.

“Dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya supaya tidak diinjak-injak orang,” tegasnya.

Encik Anjan turut memberikan kata-kata motivasi yang menyentuh hati pelajar.

“Belajarlah bersungguh-sungguh. Suatu hari nanti kamu akan menjadi seperti saya,” katanya sambil mengingatkan bahawa setiap pelajar perlu berusaha menjadi insan terpilih.
“Jadilah insan yang terpilih, jadilah hero bagi ibu bapa kamu.”

Majlis yang ringkas namun bermakna itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta ucapan penghargaan daripada warga sekolah. Suasana pilu dan penuh rasa rindu jelas terpancar ketika guru dan pelajar berbaris untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

SMK Taun Gusi II mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan agar Encik Anjan Rudin terus cemerlang dalam tugas baharunya di SMK Arshad.

Rabu, 9 April 2025

SATRIA TETAP TOP DI SMATAG

 KENAPA? Satu sebab Top selalu adalah ahli rumah sukannya dipimpin atlit berpengalaman sebagai atlit. Kedua, guru-guru penasihat yang komited mencemerlangkan rumah sukan. ketiga, ada mantan atlit peringkat daerah hingga negeri..., dan yang terutama kenapa dia TOP merketop kerana dukungan penuh Pengetua yang juga adalah guru penasihat Rumah Sukan Satria.

Ahli Sukan Satria 

Sentuhan Mantan Atlit Smatag - Alicether A.Mobie



Selasa, 25 Mac 2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR JAMA'E ASRAMA SMK TAUN GUSI II 2025

 Majlis tahunan Asrama SMK Taun Gusi II, antara objektifnya ialah untuk merapatkan ukhuwah antara guru-guru dan murid asrama. Antara yang hadir ialah En.Anjan Rudin,Pengetua baru SMK Taun Gusi II, PK.HEM En.Kassim Buliwan, yang di pertua PIBG En.Samlee Jumat dan semua Warden.





Turut serta dalam majlis, Eldin Sayo


Isnin, 10 Mac 2025

GENERASI PERTAMA SMK TAUN GUSI II KINI BERGELAR CIKGU

 Dulu murid sekarang cikgu. Guru ganti, sementara menunggu penempatan...

Alicether Aiwie Grease Mobie - Atlit 100M smatag

2014 - 2018 - SMK Taun Gusi II, dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018, melanjutkan pelajaran di UPSI - Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) 2024.

Jumaat, 29 Jun 2018

JAMUAN HARI RAYA TERAKHIR...

En.Pauze Majid - Pengetua Pertama (2014 - Julai 2018)
Majlis Jamuan Hari Raya peringkat sekolah SMATAG 2018 adalah acara tahunan melibatkan pelajar dan staff. Majlis tahun ini dilanda suasana meriah berbaur sedih berikutan  persaraan pengetua pertama SMK Taun Gusi Dua.

" .... ini  majlis terakhir untuk saya di sekolah ini sebab pada 11.7.2018 saya akan bersara" kata pengetua pertama, En.Pauze Majid.

Selama lima tahun, kita tidak pernah dengar sungutan. Beliau seorang ketua yang prihatin dan didikasi, demokratic; berintegeriti, berkomitmen tinggi, dan tidak suka melihat staffnya stress. Dalam seribu belum tentu ada  ketua yang seperti beliau ini.

Majlis ini juga turut dikejutkan dengan perpindahan tiga orang guru  ke sekolah lain mereka ialah Cikgu Patin, Cikgu Nurlisa dan Cikgu Aminah Mandak. Yang dipertua PIBG smatag, En.Matli Ulang,turut hadir dalam majlis.

AKTIVITI SELEPAS BERSARA






Jumaat, 5 Januari 2018

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAYANG SMATAG

Peserta Sayangi SMATAG 2018
Oleh: Cikgu Lalim Hj.Tarip
SERAMAI 64 daripada 82 pelajar istimewa berjaya menamatkan kursus "SAYANG SMATAG 2018". Menurut Cikgu Hajral Sekal, Penolong Kanan HEM SMK Taun Gusi II - "Program SAYANG SMATAG adalah hasil kerjasama antara Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Taun Gusi 2 dengan  kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud". Program tersebut telah diadakan selama empat hari bermula 2.1.2018 hingga 5.1.2018. Antara pengisian  program tersebut ialah ceramah-ceramah disiplin yang disampaikan oleh Cikgu Lalim Hj Tarip, sesi LDK serta ceramah kaunseling oleh En Zainorain dan ceramah-ceramah jenayah daripada pihak polis. Menurut Cikgu Mazlan Silam yang juga adalah pengarah SAYANG SMATAG kali ke-2, program seumpama itu akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Pihak pentadbiran sekolah berharap agar program ini memberi impak yang besar kepada pembangunan kemanjadian murid yang lebih gemilang seterusnya mampu menjadikan SMATAG sebagai sekolah penanda aras dalam daerah Kota Belud. Majlis penutupan SAYANGI SMATAG kali ke-2 2018  turut dihadiri oleh ibubapa para pelajar yang terlibat.

IBU BAPA MENJADI SAKSI KETIKA MENANDATANGANI BORANG AKUJANJI
BARISAN IBUBAPA YANG HADIR
IKRAR PELAJAR YANG TERLIBAT






Khamis, 14 Disember 2017

PT3 2017 SMK TAUN GUSI II

NORZIANA JULIP  DAPAT 9A PT3 2017
Antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

1. Norziana Julip 9A
2. Lissa Grace Jepiri 8A
3. Mohd Fazlan Pumpunga 8A
4. Reyna Lyn Taucan 8A
5. Ak Kiming Gunsangal 7A
6. Kelrayon Kuriting 7A
7. Aylord Joy Phillipe Sohibe 6A
8. Miselyssa Taupik Apang 6A
9. Suzilawati Henry 6A
10. yang dapat 5A tidak terkira ....

Pelajar Tiada dalam gambar: Akiming & Mohd Fazlan.


tahniah..

Menurut Pn.Nursani Gunak, seramai 22 orang pelajar layak memohon masuk kelas sains 2018. Pelajar PT3 di minta hadir dengan pakaian lengkap pada 28/12/2017 untuk menentukan elektif yang bersesuaian dengan keputusan masing-masing.





Selasa, 21 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS VILLA SMATAG 2017

En.Hajral Sekal,PK.HEM SMK Taun Gusi II, & Para Warden Villa Smatag
Lawaatan di tiga pusat rekreasi utama di Daerah Ranau melibatkan 40 orang pelajar dengan 5 guru pengiring merupakan aktiviti yang menyoronokkan, "tidak kelang kabut, tenang dan sempoi", demikian pendapat Aylord Shoibeh salah seorang pelajar tingkatan tiga yang sempat ditanya. Rombongan tersebut menaiki 4 buah bas dan telah tiba di destinasi pertama Sabah Tea Farm,Ranau kira-kira 10:30 pagi. Walaupun rombongan tersebut disambut dengan hujan renyai-renyai namun  mereka tetap ceria. Para peserta bertambah teruja apabila wartawan Borneo Post berkenan melaporkan lawatan tersebut di akhbar. Destinasi seterusnya ialah Rabbit Village di Kg Purakogis-Kibbas dan yang terakhir ialah di Desa Cattle Kundasang(Sabah). Sebelum  bertolak pulang, rombongan singgah di gerai buah-buahan di Pekan Kundasang, bertolak pulang 5:47 petang, dan selamat sampai di Villa Smatag tepat 7:30 malam.
Minum Teh






Wartawan Borneo Post
Wartawan Borneo Post
Gerai Buah-buahan,Pekan Kundasang








Sabtu, 18 November 2017

PROMONADE HOTEL: MALAM ANUGERAH KUALITI SMK TAUN GUSI II 2017

SELAMAT MENJAMU SELERA
BATU  BESAR LEBIH MUDAH DITOLAK KE BAWAH DARIPADA MENOLAK DARI BAWAH





CUBA TEKA SIAPA PEMILIK MATA TERCANTIK










A  HMMM... hensom oh, ini kali la!!










RAMBUT PANJANG MEMANG LAWA JIKA TERURAI

WOU... susah mo pilih


Tahniah kepada yang empunya photo ni, saya kutip kutip saja, ada sesiapa yang terambil gambar tuan jaibon ka?







Rabu, 15 November 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMK TAUN GUSI II 2017 : MANTAP !!

PERSATUAN PANDU PUTERI - TERBAIK KESELURUHAN
Perkhemahan kali ke-2 Unit Beruniform SMK Taun Gusi II sejak sekolah dibuka 2014. Disertai 7 buah unit beruniform, antaranya Persatuan Pengakap, St.John, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, PPIM, P.Puteri dan KASPA. Menurut Cikgu Junaidi Sualin sasaran penyertaan ialah 175 orang pelajar tidak termasuk 15 orang sukarelawan.

Antara pengisian program tersebut ialah ikhtiar hdup, mengenal rempah ratus, berkawat, hiking dan aktiviti malam kebudayaan berkonsepkan 1 Malaysia. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam dan berakhir pada 17 November 2017.
KRS : Cikgu Nasihin & Cik Karmila bangga dengan 6 orang peserta dengan 6 try telur ayam!
MALAM KEBUDAYAAN BERKONSEPKAN 1 MALAYSIA
KRS: PERSEMBAHAN TERBAIK
TAPAK PERKHEMAHAN BERSIH & CANTIK









Jumaat, 10 November 2017

MERENTAS DESA 6.5KM SMATAG 2017 : TIGA ORANG GURU BERJAYA MENAMATKAN LARIAN

PENGETUA: EN.PAUZIE MAJID MELANCARKAN LARIAN
Merentas Desa SMK Taun Gusi II, 2017 melibatkan kira-kira 600 pelajar mewakili rumah sukan Perdana, Wira,Satria, dan Waja. Merentas Desa tahun ini turut disertai oleh guru-guru SMATAG dan ternyata jarak 6.5km ini diungguli  guru-guru perempuan.

Kategori:
Lelaki A
1.Joharde Ndee Begu (Perdana)-31.2,
2. Johari Addey Begu ( Satria).
3. Mohd Hasmudi Rosdi (Satria).
Lelaki B
Pn.Adelen, POK dan Cikgu Armih tersenarai berjaya tamatkan larian...
1. Spancis Ignasius (Wira)-32:53,
2. Hamirul Sekar (Waja)
3. Jipanis Jasmon (Wira)

Perempuan A
1.Almie Yanie Jabil(42:57 minit)
2.Teh Su khua (Satria),
3. Veronica Dolusim (Waja).
Perempuan B
1. Rachel Seferen (43:22) - Satria,
2. Nursyakilah Madjain - Patria,
3. Stephanie Charlie - Perdana .


Sesi Pemanasan Di Pimpin Oleh Cikgu Nur... yang juga Guru Veteran Lumba Basikal Smatag






Khamis, 16 Mac 2017

SPM 2016 MELETUP !!!

info terkini: "MESYUARAT AGUNG PIBG - 1 April 2017"
Nurul Shafiqah Ramdan - 7A1B1C
Keputusan SPM 2016 SMK Taun Gusi II Meletup-letup !! Begitulah gambaran kegembiraan warga smatag ketika keputusan SPM diumumkan kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh En.Pauze Majid, Pengetua pertama SMK Taun Gusi II. Menurut beliau SMK Taun Gusi II melonjak ke tangga nombor 6 daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud dengan peratus lulus 95.1% berbanding 78.3% pada tahun 2015. Hanya 2 orang sahaja yang gagal manakala pelajar terbaik mendapat 7A, dan  terdapat
4 matapelajaran mendapat keputusan 100% berbanding 2 matapelajaran pada tahun 2015. Turut hadir dalam majlis tersebut,  En.Sikar Datin YDP PIBG SMK Taun Gusi II.




Rabu, 15 Mac 2017

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH 2017

AHLI BAHAS SMATAG TATAP MALAWAN 2018
Menurut Pn.Masreh Durasik, Pertandingan bahas pada kali ini menyaksikan pasukan bahas yang cukup digeruni suatu ketika dahulu telah tumpas (SMA Tun Said). Menurut beliau itu menjadi sejarah di SMK Taun Gusi II. Sementara itu, Pengetua SMK Taun Gusi II dalam ucapan perasmian penutupan pertandingan bahas ala parlimen menyatakan rasa terkilannya  berikutan penyertaan dalam bahas tersebut hanya disertai oleh 7 buah sekolah manakala 2 buah sekolah telah menarik diri pada saat akhir. Beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.