"KALAU TIDAK BERANI BERSAING, JANGAN BERSEKOLAH DI SEKOLAH INI" - Datuk Jame Alip,Pengarah Pendidikan Sabah |
10 SEPTEMBER 2015 - TINJAWAN wartawan TV3, bersama Datuk Jame Alip (Pengarah Pendidikan JPN Sabah) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud pada 10 Sept 2015 mengakui kejayaan pelaksanaan program RIMUP memelihara integrasi kaum di SMK Taun Gusi Dua. Sumber: Buletin Utama TV3, 18 Sept 2015 (8:00 malam)
.....................................
.....................................
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) ialah satu program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam
kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
penggemblengan tenaga dan kepakaran.
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia
yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan
muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah
dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibah secara sedar dan terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai
kaum di sekolah.
4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk
menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.Peristiwa berkaitan Jame Alip
Tiada ulasan:
Catat Ulasan