|
En.Sikar Datin : YDP PIBG BARU SMK TAUN GUSI II |
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taun Gusi Dua kali ke-2 berjaya dijalankan
dengan jayanya. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.6 Tempasuk. Dalam ucapan perasmiannya beliau
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mencapai kejayaan demi
kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Menurut beliau,
kejayaan-kejayaan tersebut adalah bukti wujudnya hubungan baik antara ibu bapa
dan guru melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Beliau berharap hubungan
baik ini diteruskan oleh kepimpinan baru dalam
PIBG demi kecemerlangan sekolah. Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan
berjumlah sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) sebagai tanda sokongannya kepada
PIBG SMK Taun Gusi Dua.
Terdahulu itu, Pengetua SMK Taun Gusi Dua En.Pauze Majid mengumumkan
bahawa keputusan SPM 2015 SMK Taun Gusi
Dua berada di rangking ke-6 dari segi jumlah peratus pelajar mendapat sijil daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud. Pelajar tertinggi mendapat 7A. Menurut beliau lagi, SMK Taun Gusi Dua juga menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat negeri
dalam sukan olahraga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan