Khamis, 17 Oktober 2013

TUGASAN PERTAMA

INI hari ke-2 meneroka sekolah ini,  so... apa yang di buat ialah mengira kerusi, meja,almari setiap kelas. Perabot di makmal-makmal, pusat sumber dan termasuklah juga perabut di bangunan asrama ,dewan asrama dan dewan serbaguna.

Rabu, 16 Oktober 2013

SMK TAUN GUSI DUA

GAMBAR PERTAMA DIAMBIL DARI DALAM KERETA
Reka bentuk sekolah terkini bernilai RM38 juta dan merupakan Sekolah Menengah yang ke-9 di Daerah Kota Belud. Sekolah ini mempunyai kemudahan tercanggih dengan 37 bilik darjah serta Dewan Serbaguna, Makmal ICT, Masakan, Jahitan, Bilik Seni Visual dan Pusat Sumber. Selain itu, sekolah baru  ini juga di lengkapi dengan Klinik Pergigian, Surau serta kondominium guru. Asrama super canggih berkapasiti 160 orang dan banyak perkara yang belum berjaya di ungkap setakat 16hb ini....    mari kita melihat sekitar bangunan !!.  

Esok 17hb pengetua nak bawa pula melihat dan mengaudit perabot di dalamnya. Penulis antara yang pertama injak kaki dan melihat sekitar sekolah yang cantik ini dan kami difahamkan sebanyak 5 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 2  dan 3 kelas tingkatan 4 di buka untuk sesi pertama bermula  Januari 2014.


.....kami tiba awal kami parking kereta di depan dewan serbaguna, pengetua datang kemudian dan lihatlah langkah pertamanya...

DIA ni dah lama di KB, dia ni bekas guru saya 86/87 form six di arshad... orangnya hensom, handal dalam  sejarah dan geografi fizikal. 

Pasal dia lah saya dapat A  sejarah hahahahah...


EN.PAUZE ABD MAJID : PENGETUA SMK TAUN GUSI DUA