Ahad, 13 Disember 2015

TOP PT3 YANG PERTAMA DI SMATAG

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016

Kheressah Menerima Slip PT3 daripada Pengetua Smatag, En.Pauze Majid
Kheressah Bibianyie Kaimbu muncul sebagai pelajar cemerlang dalam PT3 yang pertama SMK Taun Gusi II (SMATAG) dengan keputusan 8A1C. Menurut Pn.Sapiah Kalimuddin (Setiusaha Peperiksaan Luaran), seramai 99 pelajar yang menduduki PT3 bagi tahun 2015 di SMATAG dan adalah kumpulan pertama di sekolah berkenaan.


Alizah dapat 7A (kiri)  dan Pn.Sapiah K (S/U Peperiksaan) dgn Pn Rusni A.



Jumaat, 4 Disember 2015

PEMERIKSAAN AKHIR KPM UNTUK CMGD SMK TAUN GUSI DUA

Pengerusi Majlia: IR.AZMAN ZAKARIAH,BHG.PEMBANGUNAN KPM
PEMERIKSAAN AKHIR UNIT PEMBANGUNAN KPM BERSAMA PIHAK KONTRAKTOR PELAKSANA, & PIHAK KONSULTAN UNTUK CMGD SMK TAUN GUSI II

Tarikh: 4 Disember 2015
Masa :  9 - 11:00 pagi



... jom belajar istilah:

Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan / Certificate of Making Good Defects  (CMGD)               

Dalam pelaksanaan sesuatu kontrak, Sijil Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan iaitu setelah kerja-kerja kontrak telah siap sepenuhnya dan memuaskan kehendak Pegawai Penguasa (P.P). Pengeluaran CPC akan menandakan permulaan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan atau 24 bulan.
GAMBAR KENANGAN
Apabila tempoh DLP makin hampir kepada tempoh tamat, satu proses pemeriksaan perlu dilakukan bersama oleh kedua-dua pihak baik dipihak klien dan pihak kontraktor.
Sekiranya, ketika waktu pemeriksaan didapati tiada kerja-kerja kecacatan yang timbul, Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) boleh terus dikeluarkan.
Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kecacatan ketika pemeriksaan bersama. Satu senarai penuh kecacatan perlu dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor.

beramah mesra sebelum berpisah kira-kira 11:00 pagi
Tempoh pengeluaran senarai kecacatan ini adalah berbeza antara Kontrak Konvensional dan Kontrak Reka & Bina, dimana untuk kontrak konvensional, tempoh selama 14 hari diperlukan untuk pengeluaran senarai kecacatan. 
Manakala untuk kontrak reka dan bina, tempoh selama 28 hari diperuntukan untuk pengeluaran senarai penuh kecacatan.
Setelah senarai penuh kecacatan dikeluarkan, kontraktor adalah diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan pembaikan selama 3 bulan. 
Selepas siap memperbaiki kecacatan, pihak klien(KPM) akan mengeluarkan Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) kepada kontraktor dan akan membolehkan pihak kontraktor menuntut untuk pelepasan Bon Pelaksanaan.


Rabu, 18 November 2015

HARI KELUARGA SMATAG DI RANG BULAN

Aktiviti   pertama
18 NOVEMBER 2015 - Pagi ini hujan namun tidak menghalang kegairahan warga smatag untuk aktiviti hari keluarga yang diadakan di pantai Rang Bulan Pangkalan Abai. Rombongan Pn.Alijah tiba lebih awal seawal pukul 8:00 pagi walau bagaimanapun rombongan Pengetua yang terdiri daripada  cikgu Junaidi dan Pn.Armi hanya tiba di lokasi tersebut kira-kira 10:00 pagi. Sementara penulis pula menumpang dengan cikgu Junaiddi kerana kaki nya demam selesma dan dibiarkan terdampar di condo... Setelah puas meninjau alam sekitar pusat rekreasi rang bulan tuan pengetuapun mendapat inspirasi untuk menunggang Jet Ski. Beliau turut membawa Pn.Nursani, cikgu Dayang dan tuan Junaiddi untuk turut serta. Dia juga turut membawa cameraman tetapi tidak kesampaian berikutan Pn Sabliah telah merebut koutanya di Jet Ski ha ha ha ..., saya tengo dialah yang kontrol tu Jet Ski... suaranya bukan main lagi, boleh sampai di awan !!
Aktiviti  kedua
Sepanjang aktiviti berlangsung orang kuat asrama smataglah satu-satunya jejaka yang mempertontonkan keahlian dan kehandalannya dalam hal memanggang sayap ayam barangkali dia tidak mau pisang berbuah dua kali berikutan aktiviti bakar-bakar ketika malam kebudayaan sempena aktiviti perkhemahan ko-kurikulum minggu lepas sayap ayam yang dipanggang didapati  rentung.

orang kuat asrama smatag
... yang menghairankan penulis tak nampak pula dia makan sayap yang dipanggangnya.... "rupa-rupanya, ada seekor sotong disembunyinya".

AKSI AKSI HEBAT MODELING

Saya tengo ada ramai jurugambar dalam aktiviti yang berprestij ni...,misalnya cikgu Azmi. Dia baru beli set kemera yang kedua dan sedang test selipar barunya.   
Mencari modelling yang berbakat bukanlah kerja mudah. Di smatag hanya cik Amsah yang bisa tetapi hari ini dia ponteng !!, tidak lupa juga mengambil aksi-aksi luar biasa jurufoto mengambil gambar yang diatas tu salah satu contohnya. Yang dibawah ini ialah seorang model wanita mong**lia  berbakat yang menjadi tumpuan dan berwajah asli...
pandang boleh ditenung jangan...

bersambung...

kita tengo aktiviti pengetua yang ke-3.. saya rasa ada dia bercakap dengan sesuatu hahahahah


Jumaat, 13 November 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMATAG 2015 MENCABAR

info terkini: "MAJLIS HARI KELUARGA SMATAG BERTEMPAT DI RANG BULAN PANGKALAN ABAI" : 18 NOVEMBER 2015
Lompat... jaga kena cucuk ! : Pn.Adelinah Manu
13 NOVEMBER 2015 - Majlis Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform Smatag telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Kem yang diadakan selama tiga hari ini (11 -13 November) melibatkan 7 badan unit beruniform smatag, telah menyajikan banyak aktiviti dan pengalaman bermakna kepada murid. Antaranya, pelajar-pelajar didedahkan dengan protokol dan prosedur kem, ikhtiar hidup di hutan, memasak, asas simpulan dan ikatan, permainan dan persembahan kumpulan berorientasi kepelbagaian etnik. Nilai seperti keyakinan diri, berani, bekerjasama, kepimpinan rekreasi berjaya diterapkan kepada murid.    

Kehadiran ramai guru-guru sepanjang aktiviti  merupakan kayu pengukur yang tidak boleh dinafikan. Senario ini membuatkan aktiviti menjadi mudah dan lancar. En. Roy Sham yang juga jurulatih bertauliah daripada Pusat Kokurikulum Negeri Sabah berjaya memberikan ilmu dalam bidang protokol kem, kraf perkhemahan, ikatan dan simpulan dan beberapa aktiviti rekreasi perkhemahan. 

Barisan guru bertugas yang berkomitmen dalam melaksanakan perkhemahan membuat program ini meninggalkan kesan kepada semua peserta. Ini ditambah pula dengan komitmen GPK Kokurikulum (En. Junaiddi Sualin ) untuk bersama-sama sepanjang aktiviti. Semoga semua ilmu dan pengalaman yang ditempuhi sewaktu program ini dapat menjadi manfaat kepada guru dan murid serta meninggalkan kesan dalam tindakan murid supaya menjadi lebih berkeyakinan dan berkepimpinan tinggi. 
TONTON VIDEO
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Program ini berakhir pada jam 11:30 pagi.

Khamis, 12 November 2015

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2016

Cik Faezah Laim & Pn.Armi Terlibat 
12 NOVEMBER 2015 - Majlis pendaftaran pelajar tingkatan satu bermula 8:00 pagi hari ini melibatkan 8 buah sekolah sumber dengan jumlah pelajar 170 orang. Kaunter pendaftaran asrama turut di buka kepada bakal-bakal pelajar yang memerlukan. Selain itu, perkhidmatan membuat gambar bersaiz paspot turut disediakan bagi yang belum ada gambar paspot.

Pendaftaran tamat kira-kira 12:00 tengah hari.
Pendaftaran Pelajar tingkatan Satu 2016

Khamis, 5 November 2015

RUMAH SUKAN PERDANA JUARA MERENTAS DESA SMATAG 2015

Gandingan  Mantap Adik Beradik  Lelaki B
Merentas desa berjarak 6 kilometer 2015 di ungguli oleh Rumah Sukan Perdana.

Tonton Rakaman Video

Berita Berkaitan Merentas Desa 2014






Cikgu Richard Teruja Dengan Kemenangan Rumah Sukan Perdana




Jumaat, 9 Oktober 2015

PROGRAM RESTU PT3 PERTAMA SMATAG

ingat... smatag boleh : Cikgu Dg Abiba
TONTON VIDEO RESTU PT3

Semarak Restu SMATAG PT3 pertama telah diadakan pagi ini 9 Oktober 2015. Slot Motvasi merupakan pengisian utama dalam majlis tersebut di mana penceramahnya ialah En Suhaindo Rembayau. Ceramah beliau yang begitu bersemangat dengan perincian pengalaman hidup penceramah sangat mengharukan ibubapa dan murid yang hadir di majlis tersebut. 

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman diiringi tangisan murid-murid yang menduduki PT3 yang diadakan 12 - 15 oktober ini, muzik sedih turut menyumbang kepada kesedihan pelajar.
TONTON VIDEO SINI

Majlis tamat kira-kira 11:00 pagi.

Khamis, 10 September 2015

PROGRAM RIMUP INTEGRASI KAUM BERJAYA DI SMATAG


"KALAU TIDAK BERANI BERSAING, JANGAN BERSEKOLAH 
DI SEKOLAH INI" - Datuk Jame Alip,Pengarah Pendidikan Sabah
10 SEPTEMBER 2015 - TINJAWAN wartawan TV3, bersama Datuk Jame Alip (Pengarah Pendidikan JPN Sabah) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud pada 10 Sept 2015 mengakui kejayaan pelaksanaan program RIMUP memelihara integrasi kaum di SMK Taun Gusi Dua. Sumber: Buletin Utama TV3, 18 Sept 2015 (8:00 malam)
.....................................
.....................................
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.



Peristiwa berkaitan Jame Alip





Khamis, 20 Ogos 2015

MAJLIS HARI TERBUKA SMATAG 2015


Caroline M. Michael Bergambar Berlatarkan Pameran 'smatagdiary.blogspot.com"
HARI TERBUKA SMATAG 2015 DAN Pelancaran Blog :  SMATAGDIARY.BLOGSPOT.COM
..................................................
20 OGOS 2015 – Hari Terbuka Smatag merupakan agenda tahunan sekolah yang diadakan
YB.Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia Melancarkan Blog "smatagdiary.blogspot.com"
bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar
yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun pengurusan sumber sekaligus mengharum-kan nama sekolah di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

YB Tan Sri : Mahir dan Handal BERGENDANG
MESEJ YB TAN SRI...

1. Nama Sekolah perlu di ubah untuk mengelak kekeliruan, menurut beliau sekolah ini terletak di Kg.Keguraan,Kota Belud.

2. YB Tan Sri juga ada menyebut : ibu-ibu dan "bapa", dia nak supaya bapa-bapa turut serta dalam majlis, bukan "ibu-ibu" saja.

3. YB Tan Sri juga nak kan supaya DO, Wakil Rakyat, Ketua Polis, Pengarah Pendidikan dan siapa-siapa saja yang berpangkat tinggi di Kota Belud ini turut di jemput (jika dia yang di jemput sebagai perasmi)...

4. YB Tan Sri  turut mengumumkan derma kepada PIBAGU SMK Taun Gusi Dua bernilai RM5001.00 (lima ribu satu ringgit).


Majlis tamat kira-kira pukul 12:00 tengah hari.






Isnin, 10 Ogos 2015

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 DAN SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

YB.Dato' Abdul Rahman Datuk Hj.Dahlan
......................................................................
OlehCik Amsah Meri
......................................................................
10 OGOS 2015 menyaksikan buat julung-julung kalinya dua majlis gilang gemilang diadakan pada hari yang sama di SMK Taun Gusi Dua yakni Anugerah perkhidmatan Cemerlang(APC) 2014 dan Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud. SMK Taun Gusi Dua telah di beri kepercayaan untuk menganjurkan dua majlis berprestij ini. Majlis APC yang diadakan seawal 8:00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Seramai 174 orang guru telah diberikan APC bagi menghargai komitmen dan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.

Majlis sambutan Hari Guru pula dilangsungkan pada jam 11:30 pagi dirasmikan oleh yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman Bin Datuk Haji Dahlan, Menteri Kesejehteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen P169 Kota Belud. Majlis dua dalam satu yang dikelolakan oleh SMATAG sepenuhnya ini disifatkan sebagai satu penanda aras bukan sahaja di peringkat sekolah malah peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.

Sambutan Hari Guru 2015 ini menobatkan Cikgu Selamat Omar sebagai Tokoh Guru 2015, beliau merupakan mantan Guru Besar SK Pekan Kota Belud. Manakala, mantan Guru Besar SK Tempasuk,Kota Belud, Cikgu Maikat Gindara pula di beri Anugerah Guru Pendidik 2015 sementara En.Suadik Nuar pula di beri Anugerah Kepimpinan 2015., beliau adalah guru akademik terakhir di SK Piasau Kota Belud

Kedua-dua majlis ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama jitu guru-guru SMATAG dalam mengurus dan mengelola majlis.

Majlis tamat kira-kira jam 2:00 petang.







Jumaat, 7 Ogos 2015

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SMK TAUN GUSI DUA 2015

AIDILFITRI PERINGKAT SMK TAUN GUSI DUA 2015

Majlis ini dikelolakan oleh bahagian Pengurusan dan MPP Asrama SMK Taun Gusi Dua. Jika semalam sambutan Aidilfitri diadakan untuk peringkat asrama, ini pula sambutan Aidilfitri untuk peringkat sekolah.

Antara yang turut hadir dalam majlis ialah En.Supidi Intah,Ketua Unit Sumber PPD,Kota Belud dan yang di pertua Pibg En.Bian Adlin.





Khamis, 6 Ogos 2015

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI VILLA SMATAG (ASRAMA SMK TAUN GUSI DUA) 2015

En Pauze Majid, Pengetua,SMK Taun Gusi II, di sambut oleh MPP SMATAG
Pihak pengurusan dan majlis perwakilan pelajar asrama smk taun gusi dua berjaya mengadakan jamuan tahunan sempena Aidilfitri 2015. Sungguhpun tidak mengikut rancangan asal  iaitu masak secara bergotong-royong antara murid asrama bersama guru-guru smatag namun majlis tersebut tetap menarik. Persembahan nyanyian murid asrama menyerikan majlis tersebut. Program asal tidak dapat dilaksanakan kerana masalah air yang melanda smatag.
Menu yang menjadi daya tarikan dalam majlis itu ialah “sup tulang” hasil cetusan idea ketua warden,cikgu Adha. Menu sup tulang mendapat pujian guru-guru smatag. Mengikut cikgu Richard Kimbin; “menu tersebut berjaya membuka selera mereka sekeluarga”.

Majlis itu  turut mendapat pujian dan penghargaan Tuan Pengetua Smatag,En Pauze Majid. "Dia bersyukur kerana walaupun sekolah mengalami gangguan bekalan air namun majlis tersebut tetap dapat dijalankan dengan jayanya lewat pengisian dan menu makanan yang luar biasa ”.
………………..
Video Clip : persembahan pelajar & cikgu mala, senandung hari raya !
…………………
Cikgu Mala turut memeriahkan majlis tersebut dengan mensumbangkan sebuah lagu yang telah mendapat tepukan gemuruh warga villa smatag.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah, PK 1, Pn Nursani,PK HEM,Cikgu.Dayang dan PK Kokum,En.Junaiddi Sualin yang kelihatan intim dengan Cik Ejah pada malam bersejarah tersebut.


Majlis berakhir kira-kira pukul 9.30 malam - adha.







Isnin, 3 Ogos 2015

PELANCARAN BULAN KEMANUSIAAN & TITIAN MERDEKA 2015 SMATAG

En.Pauze Majid, Pengetua SMATAG melancarkan bulan kemanusiaan
.................................................
t o n t o n   v i d e o  disini
Video Khas [tunggu Mr.Roy]
.................................................
Bulan Ogos dan September merupakan Bulan Bidang Kemanusiaan. Justeru, 7 buah panitia di bawah Bidang Kemanusiaan SMK Taun Gusi Dua berpadu tenaga mengadakan program serentak sempena sambutan bulan kemerdekaan 2015.  Antara objektifnya ialah mendidik pelajar dan warga SMK Taun Gusi Dua agar menghayati dan mensyukuri nikmat kemerdekaan , memupuk semangat muhibbah serta kerjasama.
Menurut Cik Amsah Meri Ketua Bidang Kemanusiaan SMATAG merangkap penyelaras program berkata "sepanjang bulan ini telah di isi dengan banyak aktiviti melibatkan semua pelajar smatag seperti pertandingan lagu patriotik, koir kemerdekaan dan kuiz".  TONTON VIDEO

Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan dan Titian Merdeka 2015 dijangka di adakan pada 30 September 2015. TONTON VIDEO CLIK DISINI






Jumaat, 31 Julai 2015

MAJLIS PENUTUPAN BULAN BAHASA SMATAG 2015

...................................................................
Oleh: Cikgu Masreh Durasik
...................................................................

2Bcontinue

Khamis, 30 Julai 2015

INTEGRASI BORNEO 3.0

Pn Dg.Abiba  terima cenderahati tuan Penggawa...
Siri  jelajah "Integrasi Borneo 3.0" anjuran Kolej Desasiwa Aman Damai, Universiti Sains Malaysia(USM), menjadikan SMK Taun Gusi Dua (SMATAG) destinasi terakhir dalam program "Intergrasi Borneo 3.0 2015". Program tersebut melibatkan 14 orang mahasiswa dari USM, 8 mahasiwa dari Universiti Malaysia Sabah dan seorang mahasiswa dari UNIMAS. Program ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

Mengikut Cik Aqiqah Zahrullail, yang mesra dengan panggilan "kak ika" penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa
kak ika: pengarah program IB 3.0 2015
Inggeris di USM dan merangkap pengarah program "Integrasi Borneo 3.0" mengatakan bahawa tujuan program ini di adakan ialah untuk melestarikan masyarakat Borneo ke arah integrasi nasional khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Borneo dengan pelajar IPT di semananjung. Ketika di tanya tentang cara mengintegrasi pelajar-pelajar, cik ika mengatakan bahawa ada dua cara pertama iaitu dengan memberikan mereka motivasi dan galakan dan pada masa yang sama memberikan pendedeahan atau memperkenalkan serta mempromosikan pusat-puast pengajian tinggi khususnya USM kepada mereka dan yang kedua ialah dengan menjadikan sekolah menengah sebagai anak angkat. Ditanya lebih lanjut tentang "anak angkat" cik ika menjelaskan bahawa "pelajar-pelajar boleh telefon kita dan boleh bertanyakan hal-hal pelajaran dan kita cuba tolong mereka dan ini secara tidak langsung boleh memupuk integrasi nasional " katanya.
adik Aenthonyus Agustin
Sementara itu, adik Aenthonyus Agustin yang berasal dari Penampang yang juga pelajar tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sains,UMS berkata rombongan  IB 3.0 2015 telah berada di Sarawak pada 23 hingga 27 Julai. Di Sabah pula rombongan ini telah mengadakan program mereka di SMK Kota Marudu 1 dan SK Parapat Laut,Kudat. SMK Taun Gusi 11 merupakan destinasi terakhir rombongan ini katanya.


Pelajar tingkatan 5 SMATAG mendapat motivasi 


2Bcontinue..

Rabu, 27 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU DI SMATAG MERIAH

Segak, lagi bergaya..
Majlis Sambutan & Penutupan Hari Guru peringkat SMK Taun Gusi Dua tahun ini di mulai dengan upacara perarakan masuk pengetua, En.Pauze Majid menuju ke dewan wawasan di iringi ahli majlis tertinggi pibagu, dan guru-guru smatag.


Menurut tuan pengetua, "cara sambutan hari guru peringkat smatag 2015 berbeza dan unik dan boleh dipakai untuk majlis seterusnya".
Majlis selesai 1230pm, selepas itu, satu mesyuarat telah di adakan iaitu mesyuarat persediaan Majlis Anugerah Guru Cemerlang  Peringkat Daerah dan Majlis Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud (2 in One) yang juga dijangka di adakan serentak di dewan wawasan smatag pada 25 julai ini.

Nota: Up date terkini bertarikh 22/7/2015

Majlis gilang gemilang (Two in One) telah di tunda ke 10hb Ogos 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan - Admin.





Isnin, 18 Mei 2015

PELANCARAN HARI GURU PERINGKAT SMATAG

En Pauze Majid,Pengetua SMK Taun Gusi Dua melancarkan sambutan hari guru peringkat smatag bertepatan dengan pelancaran sambutan hari guru peringkat kebangsaan yang juga dilancarkan hari ini. Dalam ucapan alu-aluan pelancaran beliau mengumumkan bahawa tema hari guru tahun ini ialah - "Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak". Manakala, majlis rasmi sambutan hari guru di SMK Taun Gusi Dua  di jangka di adakan selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mei ini dengan tentatif program  gilang gemilang. Cik Faezah Laim dan Pn Mariyamah Sainuddin di beri penghormatan untuk merancang tentatif program yang dijangka melibatkan 40 guru dan 576 pelajar smatag.


BACAAN IKRAR GURU-GURU SMATAG








Khamis, 7 Mei 2015

CHORAL SPEAKING COMPETITION REGIONAL LEVEL SMATAG

SMK Matunggong,Kudat: Johan Choral Speaking 2015 Peringkat Bahagian
Choral Speaking is interpretations of poetry or pose by a group comprising anything from half a dozen to a hundred speakers. It involves a full and varied use of the individual voices that make up the group. There my be divisions of the whole group into light and dark voices, broken and unbroken, male and female,treble and so on. individual voices may be used as solo.  TONTON VIDEO SMK TUN SAID / SMK MATUNGGONG (COMING SOON) 
Juara Choral Speaking Sekolah Menengah: PPD KUDAT
AJK Pelaksana Pertandingan CHORAL SPEAKING  Peringkat Bahagian 2015 menetapkan 7hb May, serta menjadikan SMK Taun Gusi Dua (SMATAG) sebagai lokasi dan pengelola pertandingan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi ketegori sekolah menengah ia melibatkan Daerah Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas. Bagi kategori sekolah menengah ia dijuarai oleh bahagian kudat yang di wakili oleh SMK Matunggong. Daerah Kota Belud yang diwakili oleh SMK Agama Tun Said muncul sebagai conductor terbaik.Antara yang hadir sepanjang kejohanan itu berlangsung ialah En.Supidi Intah,Ketua Unit Sumber Kemanusiaan PPD Kota Belud merangkap penasihat choral speaking, En.Menuil Kimin, En.Junaidi Sualin,PK Kokum Smatag, mewakili pengetua SMK Taun Gusi Dua.
Conductor Terbaik Dari SMK Agama Tun Said,Kota Belud








Ahad, 3 Mei 2015

KEM MOTIVASI DAN PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPM

Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Pn Maimunah Hj.Suhaibul mencabar pelajar base SPM pertama smatag 2015 ini supaya membanggakan SMK Taun Gusi Dua (SMATAG) dengan menunjukkan kecemerlangan, di mana katanya nama pelajar yang cemerlang akan di tulis / diabadikan di dewan wawasan ini, katanya. Selain  itu beliau juga percaya  smatag yang juga sekolah yang ke-9 di kota belud ini tentunya mempunyai guru-guru pakar dan berpengalaman tentunya tidak rela berada pada rangking nombor ke-9 dalam keputusan SPM di kota Belud awal bulan april 2016 katanya.

Penceramah Sejarah Eddy Sipin Dari SMK Taun Gusi
Kem motivasi dan menjawab spm telah di adakan selama 3 hari iaitu dari 1 -3hb mei dan di sertai 84 orang pelajar semuanya bakal mengambil SPM 2015 ini iaitu 6 bulan dari sekarang.

Isnin, 27 April 2015

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SMATAG 2015

Majlis Pelancaran  KM1M 2015 peringkat SMK Taun Gusi Dua
SMK TAUN GUSI DUA, 27,April 2015 Pusat Sumber SMK Taun Gusi Dua berjaya melancarkanKem Membaca Malaysia (KM1M) peringkat SMATAG ia dilancarkan oleh yang berusaha Pengetua SMATAG, En.Pauze Majid disertai 576 orang pelajar dan 40 orang guru. Menurut beliau Kem Membaca 1Malaysia pada tahun ini bertemakan"Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia". Menurut beliau KM1M 2015 telah di adakan selama 3 hari di peringkat kebangsaan iaitu dari 21hb - 23 hb April 2015. Program KM1M 2015 merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid. 




Sabtu, 11 April 2015

JANGAN KEDEKUT ILMU: DATUK DR. SALLEH TUN SAID

JANGAN KEDEKUT ILMU - DATUK SALLEH TUN SAID
SMK TAUN GUSI DUA KOTA BELUD, 12,April 2015 - "Jangan Kedekut Ilmu", demikian kata-kata keramat Tan Sri Datuk Salleh Tun Said ketika berucap dalam majlis penutupan Program Memperkasa Jati Diri - membentuk motivasi, memperkasa kepimpinanyang di anjur bersama Kelab Piskologi Industri & Organisasi UMS dan SMK Taun Gusi Dua. Menurut Datuk Salleh kepimpinan berkualiti ada hubungkait dengan sikap murah ilmu. Ilmu yang diperolehi di IPT hendaklah dikongsikan kepada masyarakat khasnya kepada golongan pelajar. Melalui program seumpama inilah dapat kita turunkan ilmu, tegasnya.  Sementara itu, Cik Hanisah (bekas pelajar SMK Taun Gusi(SEMTASI) yang juga adalah pengarah Program Memperkasa Jati Diri - membentuk motivasi, memperkasa kepimpinan amat berpuas hati dan teruja dengan penglibatan luar biasa pelajar-pelajar SMATAG ke atas semua aktiviti yang di rancang. Menurut beliau, para pelajar SMK Taun Gusi Dua amat berbeza. Mereka bukan saja kreatif dan berdisiplin tetapi menepati masa, katanya.
Cik Hanisah, PENGARAH PROGRAM

Di tanya tentang pendapatnya berkaitan dengan ifrastruktur sekolah, Cik Hasnah  berkata ringkas: "Terbaik!", kami tidak menghadapi sebarang masalah dalam dua hari berada di sini, katanya.