Rabu, 20 Januari 2016

SUKANTARA SMATAG 2016 MANTAP ...

Hari ini berlangsung SUKANTARA. Sukantara adalah satu acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Sukantara biasanya diadakan selepas Merentas Desa dan sebelum Hari Sukan Tahunan. Sukantara memberi peluang kepada semua pelajar untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Ini kerana tidak semua pelajar mewakili rumah sukan pada Hari Sukan Tahunan.

Mengikut Cikgu Junaidi yang juga adalah penolong Kanan Kokurikulum SMATAG, "Sukantara ialah untuk SEMUA PELAJAR". Terdapat 4 acara yang dipertandingkan iaitu Balapan 100M, 600M, LONTAR PELURU dan LOMPAT JAUH. Menurut beliau, setiap mata yang diperolehi pelajar akan dikira sebagai mata untuk rumah sukan masing-masing. Mata bagi Sukantara ini kemudiannya akan dicampurkan dengan mata yang diperolehi oleh rumah sukan pada Hari Sukan nanti. Mata yang terbanyak adalah JOHAN RUMAH SUKAN.

Sukantara Smatag 2016 merupakan yang kedua kali di anjurkan sejak SMK Taun Gusi Dua memulakan sesi persekolahan pada tahun 2014. Sukantara yang pertama ialah pada tahun 2014. Sukantara tersebut  telah di adakan di padang SMK Taun Gusi 1. Menurut Cikgu Roslee Sukantara tahun ini adalah yang paling ceria, cuacapun terbaik katanya.Sambutan 100% daripada  pelajar tingkatan satu dengan sedikit kemerosotan penyertaan pelajar tingkatan 4 tidak menjejas peluang smatag menggondol 10 pingkat emas pada sukan daerah nanti katanya dengan penuh keyakinan.