Khamis, 14 Disember 2017

PT3 2017 SMK TAUN GUSI II

NORZIANA JULIP  DAPAT 9A PT3 2017
Antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

1. Norziana Julip 9A
2. Lissa Grace Jepiri 8A
3. Mohd Fazlan Pumpunga 8A
4. Reyna Lyn Taucan 8A
5. Ak Kiming Gunsangal 7A
6. Kelrayon Kuriting 7A
7. Aylord Joy Phillipe Sohibe 6A
8. Miselyssa Taupik Apang 6A
9. Suzilawati Henry 6A
10. yang dapat 5A tidak terkira ....

Pelajar Tiada dalam gambar: Akiming & Mohd Fazlan.


tahniah..

Menurut Pn.Nursani Gunak, seramai 22 orang pelajar layak memohon masuk kelas sains 2018. Pelajar PT3 di minta hadir dengan pakaian lengkap pada 28/12/2017 untuk menentukan elektif yang bersesuaian dengan keputusan masing-masing.





Selasa, 21 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS VILLA SMATAG 2017

En.Hajral Sekal,PK.HEM SMK Taun Gusi II, & Para Warden Villa Smatag
Lawaatan di tiga pusat rekreasi utama di Daerah Ranau melibatkan 40 orang pelajar dengan 5 guru pengiring merupakan aktiviti yang menyoronokkan, "tidak kelang kabut, tenang dan sempoi", demikian pendapat Aylord Shoibeh salah seorang pelajar tingkatan tiga yang sempat ditanya. Rombongan tersebut menaiki 4 buah bas dan telah tiba di destinasi pertama Sabah Tea Farm,Ranau kira-kira 10:30 pagi. Walaupun rombongan tersebut disambut dengan hujan renyai-renyai namun  mereka tetap ceria. Para peserta bertambah teruja apabila wartawan Borneo Post berkenan melaporkan lawatan tersebut di akhbar. Destinasi seterusnya ialah Rabbit Village di Kg Purakogis-Kibbas dan yang terakhir ialah di Desa Cattle Kundasang(Sabah). Sebelum  bertolak pulang, rombongan singgah di gerai buah-buahan di Pekan Kundasang, bertolak pulang 5:47 petang, dan selamat sampai di Villa Smatag tepat 7:30 malam.
Minum Teh






Wartawan Borneo Post
Wartawan Borneo Post
Gerai Buah-buahan,Pekan Kundasang








Sabtu, 18 November 2017

PROMONADE HOTEL: MALAM ANUGERAH KUALITI SMK TAUN GUSI II 2017

SELAMAT MENJAMU SELERA
BATU  BESAR LEBIH MUDAH DITOLAK KE BAWAH DARIPADA MENOLAK DARI BAWAH





CUBA TEKA SIAPA PEMILIK MATA TERCANTIK










A  HMMM... hensom oh, ini kali la!!










RAMBUT PANJANG MEMANG LAWA JIKA TERURAI

WOU... susah mo pilih


Tahniah kepada yang empunya photo ni, saya kutip kutip saja, ada sesiapa yang terambil gambar tuan jaibon ka?







Rabu, 15 November 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMK TAUN GUSI II 2017 : MANTAP !!

PERSATUAN PANDU PUTERI - TERBAIK KESELURUHAN
Perkhemahan kali ke-2 Unit Beruniform SMK Taun Gusi II sejak sekolah dibuka 2014. Disertai 7 buah unit beruniform, antaranya Persatuan Pengakap, St.John, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, PPIM, P.Puteri dan KASPA. Menurut Cikgu Junaidi Sualin sasaran penyertaan ialah 175 orang pelajar tidak termasuk 15 orang sukarelawan.

Antara pengisian program tersebut ialah ikhtiar hdup, mengenal rempah ratus, berkawat, hiking dan aktiviti malam kebudayaan berkonsepkan 1 Malaysia. Program ini dijalankan selama tiga hari dua malam dan berakhir pada 17 November 2017.
KRS : Cikgu Nasihin & Cik Karmila bangga dengan 6 orang peserta dengan 6 try telur ayam!
MALAM KEBUDAYAAN BERKONSEPKAN 1 MALAYSIA
KRS: PERSEMBAHAN TERBAIK
TAPAK PERKHEMAHAN BERSIH & CANTIK









Jumaat, 10 November 2017

MERENTAS DESA 6.5KM SMATAG 2017 : TIGA ORANG GURU BERJAYA MENAMATKAN LARIAN

PENGETUA: EN.PAUZIE MAJID MELANCARKAN LARIAN
Merentas Desa SMK Taun Gusi II, 2017 melibatkan kira-kira 600 pelajar mewakili rumah sukan Perdana, Wira,Satria, dan Waja. Merentas Desa tahun ini turut disertai oleh guru-guru SMATAG dan ternyata jarak 6.5km ini diungguli  guru-guru perempuan.

Kategori:
Lelaki A
1.Joharde Ndee Begu (Perdana)-31.2,
2. Johari Addey Begu ( Satria).
3. Mohd Hasmudi Rosdi (Satria).
Lelaki B
Pn.Adelen, POK dan Cikgu Armih tersenarai berjaya tamatkan larian...
1. Spancis Ignasius (Wira)-32:53,
2. Hamirul Sekar (Waja)
3. Jipanis Jasmon (Wira)

Perempuan A
1.Almie Yanie Jabil(42:57 minit)
2.Teh Su khua (Satria),
3. Veronica Dolusim (Waja).
Perempuan B
1. Rachel Seferen (43:22) - Satria,
2. Nursyakilah Madjain - Patria,
3. Stephanie Charlie - Perdana .


Sesi Pemanasan Di Pimpin Oleh Cikgu Nur... yang juga Guru Veteran Lumba Basikal Smatag






Khamis, 16 Mac 2017

SPM 2016 MELETUP !!!

info terkini: "MESYUARAT AGUNG PIBG - 1 April 2017"
Nurul Shafiqah Ramdan - 7A1B1C
Keputusan SPM 2016 SMK Taun Gusi II Meletup-letup !! Begitulah gambaran kegembiraan warga smatag ketika keputusan SPM diumumkan kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh En.Pauze Majid, Pengetua pertama SMK Taun Gusi II. Menurut beliau SMK Taun Gusi II melonjak ke tangga nombor 6 daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud dengan peratus lulus 95.1% berbanding 78.3% pada tahun 2015. Hanya 2 orang sahaja yang gagal manakala pelajar terbaik mendapat 7A, dan  terdapat
4 matapelajaran mendapat keputusan 100% berbanding 2 matapelajaran pada tahun 2015. Turut hadir dalam majlis tersebut,  En.Sikar Datin YDP PIBG SMK Taun Gusi II.




Rabu, 15 Mac 2017

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH 2017

AHLI BAHAS SMATAG TATAP MALAWAN 2018
Menurut Pn.Masreh Durasik, Pertandingan bahas pada kali ini menyaksikan pasukan bahas yang cukup digeruni suatu ketika dahulu telah tumpas (SMA Tun Said). Menurut beliau itu menjadi sejarah di SMK Taun Gusi II. Sementara itu, Pengetua SMK Taun Gusi II dalam ucapan perasmian penutupan pertandingan bahas ala parlimen menyatakan rasa terkilannya  berikutan penyertaan dalam bahas tersebut hanya disertai oleh 7 buah sekolah manakala 2 buah sekolah telah menarik diri pada saat akhir. Beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.




Selasa, 21 Februari 2017

ACARA MSSD KE-49 BERMULA - smatag tatap malawan !

info terkini: "MSSD kali ke-49 - Kompleks Sukan Botung Kota Belud 21 -24 FEB 2017"
Ir Datu Jamigul Melepaskan Burung
KOMPLEKS SUKAN BOTUNG,KOTA BELUD, 21 February - Acara pembukaan berjaya dilaksanakan dengan gimik perasmian melepaskan beberapa ekor burung merpati yang disempurnakan oleh yang berbahagia Ir Datu Jamigul. Persembahan Kadet Polis SMK Taun Gusi II, mendapat pujian ramai pihak. Persembahan tersebut adalah yang pertama di sabah dan merupakan yang kedua di Malaysia. Analisis pelaporan secara online yang pertama di kota belud juga berjaya dilaksanakan. Selain itu, SMK Taun Gusi II juga memperkenalkan "fotofinish" yang biasa digunakan di peringkat antarabangsa.

Smatag, mengucapkan ribuan terima kasih kepada PD SOUND yang menyokong penuh pelaksanaan MSSD 49 ini. Kedudukan terkini adalah seperti berikut:



Sabar ahhh...












Isnin, 20 Februari 2017

PERSEDIAAN PENGELOLAN MSSD KE-49 - TATAP MALAWAN !

info terkini: "MSSD kali ke-49 - Kompleks Sukan Botung Kota Belud 21 -24 FEB 2017"
En.Pauze Majid,Pengetua SMK Taun Gusi II - Meninjau Persiapan Akhir
SMATAG, tatap malawan  !  - inilah kata-kata keramat MSSD ke-49 yang julung-julung kali dikelola oleh SMK Taun Gusi II dan bakal memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam sistem pengelolaan sukan daerah. MSSD ke-49 ini berlangsung selama 3 hari bermula esok. SMK Taun Gusi II sekali lagi akan melakar sejarah.