Khamis, 3 Mac 2016

SMATAG BERMULA DENGAN 7A , LULUS 78 % SPM 2015

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016 di tunda pada 16 April - segala kesulitan amat dikesali"
Tepat jam 11 pagi keputusan SPM 2015 yang pertama diumumkan oleh pengetua pertama En.Pauze Majid di Dewan Wawasan Smatag disaksikan kira-kira 50 orang ibu bapa, guru-guru dan pelajar Tingkatan 5, 2016 yang menunggu sejak jam 10 pagi. Dengan didahului ucapan tahniah kepada para pelajar yang hadir beliau mengumumkan bahawa keputusan SPM yang pertama SMATAG adalah seperti   berikut:-


Keputusan SPM terbaik ialah 7A diikuti dengan 6A dan 5A.

Jumlah pelajar yang menduduki SPM 2015    = 83 orang
Jumlah pelajar lulus sekurang-kurangnya  3A  = 65 orang

" Kita bermula dengan 7A",katanya. Sekolah ini antara yang terbaik berbanding dengan sekolah-sekolah lain khususnya dalam aliran sastera". GPS yang di tetapkan ialah 6.5, dan GPS sebenar SPM 2015  ialah 6.59. Ini menjadi bukti bahawa "perancangan SMK Taun Gusi Dua adalah tepat", kedudukan sekolah di daerah Kota Belud ialah nombor 8 daripada 9 buah sekolah  dan apa yang lebih penting sekali ialah SMK Taun Gusi Dua menjadi saingan sengit kepada 8 buah sekolah di daerah Kota Belud ini, tegasnya.

Sementara itu, YDP PIBG SMATAG En.Bian Aldin, pula berkata,  Majlis yang julung-julung kali ini merupakan majlis bersejerah dan bermakna selaku wakil ibu bapa beliau berbangga dengan  78% kelulusan keseluruhan. Beliau berharap guru-guru melanjutkan tradisi kecemerlangan pada tahun-tahun berikutnya. Beliau turut  menagkis persepsi negatif yang mengatakan bahawa sekolah ini tidak mampu bersaing di awal operasinya.Walau bagaimanapun juga kini terbukti bahawa sekolah ini antara yang terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum, katanya disusuli tepukan gemuruh para pelajar dan ibu bapa yang hadir.