Jumaat, 5 Januari 2018

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAYANG SMATAG

Peserta Sayangi SMATAG 2018
Oleh: Cikgu Lalim Hj.Tarip
SERAMAI 64 daripada 82 pelajar istimewa berjaya menamatkan kursus "SAYANG SMATAG 2018". Menurut Cikgu Hajral Sekal, Penolong Kanan HEM SMK Taun Gusi II - "Program SAYANG SMATAG adalah hasil kerjasama antara Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Taun Gusi 2 dengan  kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud". Program tersebut telah diadakan selama empat hari bermula 2.1.2018 hingga 5.1.2018. Antara pengisian  program tersebut ialah ceramah-ceramah disiplin yang disampaikan oleh Cikgu Lalim Hj Tarip, sesi LDK serta ceramah kaunseling oleh En Zainorain dan ceramah-ceramah jenayah daripada pihak polis. Menurut Cikgu Mazlan Silam yang juga adalah pengarah SAYANG SMATAG kali ke-2, program seumpama itu akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Pihak pentadbiran sekolah berharap agar program ini memberi impak yang besar kepada pembangunan kemanjadian murid yang lebih gemilang seterusnya mampu menjadikan SMATAG sebagai sekolah penanda aras dalam daerah Kota Belud. Majlis penutupan SAYANGI SMATAG kali ke-2 2018  turut dihadiri oleh ibubapa para pelajar yang terlibat.

IBU BAPA MENJADI SAKSI KETIKA MENANDATANGANI BORANG AKUJANJI
BARISAN IBUBAPA YANG HADIR
IKRAR PELAJAR YANG TERLIBAT