Khamis, 4 Ogos 2016

HARI TERBUKA KALI KE-3 SMATAG 2016 MERIAH

info terkini: "Sukan Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Kompleks Sukan Botung Kota Belud 21 -24 FEB 2017"
YB Datuk Hj Musbah Hj.Jamli : Perasmi
SMK TAUN GUSI 2, RABU,3 - Majlis Hari Terbuka kali yang ke-3 ini merupakan majlis kemuncak yang ditunggu-tunggu segenap warga smatag, diadakan setiap tahun; melibatkan 600 pelajar, ibu bapa dan jemputan khas. Kalau tahun-tahun lepas majlis gilang gemilang ini diadakan sehari sahaja tetapi tahun ini berlangsung selama dua hari. Selain penganugerahan kepada pelajar yang cemerlang, tamu mini, pameran aktiviti pelajar, pameran duit syiling lama merupakan antara pengisian utama.


YB.Datuk Hj.Musbah: Menyampaikan Cek bernilai RM10,000.00 kepada YDP. PIBG,En.Sikar Datin
Pameran Wang Syiling, Taman Mini, Sains
Tamu Mini & Stage Hiburan Sempena Hari Terbuka


Majlis berkaitan
Hari Terbuka / APC 2014, APC 2015




Sabtu, 16 April 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 SMK TAUN GUSI DUA 2016


En.Sikar Datin : YDP PIBG BARU  SMK TAUN GUSI II
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taun Gusi Dua kali ke-2 berjaya dijalankan dengan jayanya. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh  YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.6 Tempasuk. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Menurut beliau, kejayaan-kejayaan tersebut adalah bukti wujudnya hubungan baik antara ibu bapa dan guru melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Beliau berharap hubungan baik ini diteruskan oleh kepimpinan baru dalam  PIBG demi kecemerlangan sekolah. Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan berjumlah sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) sebagai tanda sokongannya kepada PIBG SMK Taun Gusi Dua.


Terdahulu itu, Pengetua SMK Taun Gusi Dua En.Pauze Majid mengumumkan bahawa keputusan SPM 2015  SMK Taun Gusi Dua berada di rangking ke-6 dari segi jumlah peratus pelajar mendapat sijil daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud. Pelajar tertinggi mendapat 7A. Menurut beliau lagi, SMK Taun Gusi Dua juga menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat negeri dalam sukan olahraga.

Khamis, 3 Mac 2016

SMATAG BERMULA DENGAN 7A , LULUS 78 % SPM 2015

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016 di tunda pada 16 April - segala kesulitan amat dikesali"
Tepat jam 11 pagi keputusan SPM 2015 yang pertama diumumkan oleh pengetua pertama En.Pauze Majid di Dewan Wawasan Smatag disaksikan kira-kira 50 orang ibu bapa, guru-guru dan pelajar Tingkatan 5, 2016 yang menunggu sejak jam 10 pagi. Dengan didahului ucapan tahniah kepada para pelajar yang hadir beliau mengumumkan bahawa keputusan SPM yang pertama SMATAG adalah seperti   berikut:-


Keputusan SPM terbaik ialah 7A diikuti dengan 6A dan 5A.

Jumlah pelajar yang menduduki SPM 2015    = 83 orang
Jumlah pelajar lulus sekurang-kurangnya  3A  = 65 orang

" Kita bermula dengan 7A",katanya. Sekolah ini antara yang terbaik berbanding dengan sekolah-sekolah lain khususnya dalam aliran sastera". GPS yang di tetapkan ialah 6.5, dan GPS sebenar SPM 2015  ialah 6.59. Ini menjadi bukti bahawa "perancangan SMK Taun Gusi Dua adalah tepat", kedudukan sekolah di daerah Kota Belud ialah nombor 8 daripada 9 buah sekolah  dan apa yang lebih penting sekali ialah SMK Taun Gusi Dua menjadi saingan sengit kepada 8 buah sekolah di daerah Kota Belud ini, tegasnya.

Sementara itu, YDP PIBG SMATAG En.Bian Aldin, pula berkata,  Majlis yang julung-julung kali ini merupakan majlis bersejerah dan bermakna selaku wakil ibu bapa beliau berbangga dengan  78% kelulusan keseluruhan. Beliau berharap guru-guru melanjutkan tradisi kecemerlangan pada tahun-tahun berikutnya. Beliau turut  menagkis persepsi negatif yang mengatakan bahawa sekolah ini tidak mampu bersaing di awal operasinya.Walau bagaimanapun juga kini terbukti bahawa sekolah ini antara yang terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum, katanya disusuli tepukan gemuruh para pelajar dan ibu bapa yang hadir.





Khamis, 25 Februari 2016

SMATAG PERTAHAN 8 EMAS DALAM MSSD KE-48 KOTA BELUD

KOMPLEKS SUKAN BOTUNG, 25 FEB- SMK Taun Gusi Dua, mengekalkan kedudukan tempat ke-4 daripada 9 buah sekolah dengan memperolehi 8 emas, 9 perak dan 8 gangsa. MSSD Peringkat Daerah Kota Belud 2016  diadakan pada 23-25 Februari 2016 di Kompleks Sukan Botung, Kota Belud. Mengikut Johny Balatek, yang juga adalah ketua jurulatih smatag ada banyak sebab kenapa smatag tidak berjaya memintas SMK Tambulion yang juga adalah ketua rumah sukan MSSD 2016. Antara yang beliau sebut ialah kesalahan dalam pemilihan acara untuk atlit. Ada atlit yang berupaya mendapat emas tetapi di beri acara yang tidak bersesuaian dengan acara nya, katanya sedih. Kita berupaya mendapat 12 emas tegas, cikgu Johny Balatek, namun realitinya setakat 8 emas saja katanya. 

SMK Taun Gusi Dua di nobatkan sebagai pengelola MSSD ke-49  2017.

Keputusan penuh :





Rabu, 17 Februari 2016

PELANCARAN PROGRAM PLAS 2.0 SMK TAUN GUSI DUA 2016

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016"
17 FEB. 2016, Rabu - SMK TAUN GUSI DUA telah melancarkan Program PLAS 2.0. Program telah disempurnakan oleh PPD Kota Belud En.Abd.Bakhrin Hj.Mohd Yusuf disaksikan 150 orang ibubapa pelajar. Antara, objektif PLAS 2.0 adalah melahirkan bilangan pelajar cemerlang dan memastikan pelajar lulus dalam peperiksaan SPM dan PT3 2016. Menyediakan kumpulan pelajar sasaran dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah serta  merancang program peningkatan akademik yang sistematik dan efektif.

Program Lonjakan Akademik Sekolah atau Program PLAS telah dimulakan awal tahun 2015 yang mana SMK Taun Gusi Dua adalah satu-satunya peneraju serta perintis program tersebut di daerah Kota Belud dan Malaysia amnya.




Khamis, 4 Februari 2016

MAJLIS SUKAN SMATAG KALI KE-3 2016

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016"
RUMAH  SATRIA JUARA KESELURUHAN DENGAN 25 EMAS
MSS Kali Ke-3 SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud telah dilaksanakan pada 2, 3 dan 4 February 2016. Majlis Perasmian Penutupan MSS Kali Ke-3 ini telah disempurnakan oleh En.Imam Siban Antau, mewakili En. Bian Aldin Dipertua PIBG SMK Taun Gusi Dua.Temasya sukan kali ini dimeriahkan dengan pertandingan rumah sukan tercantik dan perbarisan antara rumah-rumah sukan. Selain itu, acara terbuka 800 meter  turut diadakan, pemenangnya ialah En.Lamsah. Rumah sukan tercantik dan pertandingan perbarisan kedua-duanya digondol  oleh Rumah Sukan Waja
Suasana sukan tahun ini bukan saja santai tetapi meriah. Tuan pengetua SMK Taun Gusi II En Pauze Majid turut berbangga dengan  Rumah Sukan Waja yang begitu komited menjayakan kecerian rumah dan perbarisan rumah sukan.

Sementara itu, En Junaidi,PK Kokum,Smatag berkata kononnya pada MSS Kali Ke-4 2017 satu rumah sukan bakal diwujudkan. Mengikut skuad perisik smatag rumah sukan tersebut dinamakan  "Rumah Sukan Kancil". Rumah sukan sedia ada adalah seperti dibawah:

Rumah Sukan Satria
Rumah Sukan Waja
Rumah Sukan Perdana
Rumah Sukan Wira, dan
Rumah Sukan Kancil ( 2017)

Mengikut Pn Dayang, Rumah Sukan Kancil bakal memporak porandakan rumah sukan sedia ada. 



Rabu, 20 Januari 2016

SUKANTARA SMATAG 2016 MANTAP ...

Hari ini berlangsung SUKANTARA. Sukantara adalah satu acara sukan di mana setiap pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Sukantara biasanya diadakan selepas Merentas Desa dan sebelum Hari Sukan Tahunan. Sukantara memberi peluang kepada semua pelajar untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Ini kerana tidak semua pelajar mewakili rumah sukan pada Hari Sukan Tahunan.

Mengikut Cikgu Junaidi yang juga adalah penolong Kanan Kokurikulum SMATAG, "Sukantara ialah untuk SEMUA PELAJAR". Terdapat 4 acara yang dipertandingkan iaitu Balapan 100M, 600M, LONTAR PELURU dan LOMPAT JAUH. Menurut beliau, setiap mata yang diperolehi pelajar akan dikira sebagai mata untuk rumah sukan masing-masing. Mata bagi Sukantara ini kemudiannya akan dicampurkan dengan mata yang diperolehi oleh rumah sukan pada Hari Sukan nanti. Mata yang terbanyak adalah JOHAN RUMAH SUKAN.

Sukantara Smatag 2016 merupakan yang kedua kali di anjurkan sejak SMK Taun Gusi Dua memulakan sesi persekolahan pada tahun 2014. Sukantara yang pertama ialah pada tahun 2014. Sukantara tersebut  telah di adakan di padang SMK Taun Gusi 1. Menurut Cikgu Roslee Sukantara tahun ini adalah yang paling ceria, cuacapun terbaik katanya.Sambutan 100% daripada  pelajar tingkatan satu dengan sedikit kemerosotan penyertaan pelajar tingkatan 4 tidak menjejas peluang smatag menggondol 10 pingkat emas pada sukan daerah nanti katanya dengan penuh keyakinan.