Khamis, 4 Februari 2016

MAJLIS SUKAN SMATAG KALI KE-3 2016

info terkini: "Mesyuarat Agung PIBG - 5 MAC 2016"
RUMAH  SATRIA JUARA KESELURUHAN DENGAN 25 EMAS
MSS Kali Ke-3 SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud telah dilaksanakan pada 2, 3 dan 4 February 2016. Majlis Perasmian Penutupan MSS Kali Ke-3 ini telah disempurnakan oleh En.Imam Siban Antau, mewakili En. Bian Aldin Dipertua PIBG SMK Taun Gusi Dua.Temasya sukan kali ini dimeriahkan dengan pertandingan rumah sukan tercantik dan perbarisan antara rumah-rumah sukan. Selain itu, acara terbuka 800 meter  turut diadakan, pemenangnya ialah En.Lamsah. Rumah sukan tercantik dan pertandingan perbarisan kedua-duanya digondol  oleh Rumah Sukan Waja
Suasana sukan tahun ini bukan saja santai tetapi meriah. Tuan pengetua SMK Taun Gusi II En Pauze Majid turut berbangga dengan  Rumah Sukan Waja yang begitu komited menjayakan kecerian rumah dan perbarisan rumah sukan.

Sementara itu, En Junaidi,PK Kokum,Smatag berkata kononnya pada MSS Kali Ke-4 2017 satu rumah sukan bakal diwujudkan. Mengikut skuad perisik smatag rumah sukan tersebut dinamakan  "Rumah Sukan Kancil". Rumah sukan sedia ada adalah seperti dibawah:

Rumah Sukan Satria
Rumah Sukan Waja
Rumah Sukan Perdana
Rumah Sukan Wira, dan
Rumah Sukan Kancil ( 2017)

Mengikut Pn Dayang, Rumah Sukan Kancil bakal memporak porandakan rumah sukan sedia ada. 



1 ulasan:

Unknown berkata...

Admin,sila kasi betul fakta pemenang kategori perbarisan dan rumah cantik. Kami kempunan tomyam yang telah dijanjikan gara-gara kesilapan fakta tersebut. Kami mau boikot pertandingan jika tidak dikasi betul fakta di atas.

Terima kasih.