Khamis, 2 Januari 2014

LAWATAN KERJA DATUK JAME ALIP,PENGARAH PENDIDIKAN SABAH BERSAMA YB DATUK DR SALLEH TUN SAID KE SMK TAUN GUSI DUA

ikut peraturan.., ikut disiplin sekolah - DATUK JAME ALIP
LAWATAN KERJA DATUK JAME ALIP,KE SMK TAUN GUSI DUA YANG PERTAMA

Video Clip Ucapan & Gambar-gambar

2 JANUARI 2014 – Hari ini merupakan hari tersibuk di SMK Taun Gusi II. Pertama, kerana hari pertama dalam sesi persekolahan di sekolah yang baru siap ini melibatkan 5 kelas tingkatan satu, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4 melibatkan 372 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan seorang kerani. Kedua, pada hari ini juga sekolah ini mengadakann majlis yang pertama  iaitu menyambut lawatan kerja Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip dan rombongan bersama-sama dengan wakil rakyat N.6 Usukan, iaitu YB Datuk Dr.Salleh Tun Said Keruak, merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Majlis sambutan di adakan di Dewan Serbaguna (Dewan Wawasan) Datuk Pengarah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas khususnya kepada Pengetua Pertama sekolah  ini , En.Pauze Majid dan guru-guru dibawah jagaannya dengan penuh komitmen dan dedikasi. Kedua, kepada pelajar pertama di sekolah ini beliau mengatakan: "kamu sangat bertuah kerana merupakan pelajar pertama belajar di sekolah baru ini" seterusnya beliau memberi nasihat, “ikut peraturan sekolah. Ikut disiplin sekolah. Belajar bersunguh-sungguh. Pelajar SMK Taun Gusi II memang hebat, boleh daripada sekolah lain”, disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SMK Taun Gusi II.

Datuk Dr Salleh Tun Said pula berkata: “Cemerlang atau tidak akademik satu-satu sekolah itu bergantung kepada disiplin pelajar”. Beliau turut membahas keutamaan dalam pembentukan budaya kerja sekolah yang kondusif [dengan menekankan] kawalan disiplin pelajar sebagai prioriti utama. Menurut Datuk Dr.Salleh lagi, "membentuk budaya penyanyang, budaya hormat-menghormati merupakan cabaran bagi sekolah baru seperti SMK Taun Gusi Dua ini yang pelajarnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan".

Antara yang turut hadir: PPD En.Bakhrin Hj.Yusof


Majlis tamat kira-kira pukul 11:30 pagi.