Khamis, 21 Ogos 2014

APC KALI PERTAMA SMATAG 2014

Pn.Hajah Maimunah Suhaibul
Satu lagi peristiwa bersejarah terlakar di Daerah Kota Belud apabila  SMK.Taun Gusi Dua yang sinonim dengan  SMATAberjaya mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang(APC-2014) yang pertama. Majlis gilang gemilang tersebut telah dirasmikan oleh yang berbahagia Pn.Hjh.Maimunah Hj.Suhaibul, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; beliau turut melancarkan Pelan Pembangunan SMATAG yang berkonsepkan  "teamwork dan yakin diri". 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengatakan bahawa persepsi negatif tentang kualiti pendidikan di daerah Kota Belud bakal berubah jika para pendidik dan masyarakat sekitar bersedia mentranformasikan diri, berkerja keras, mengamalkan semangat kerja berpasukan, berdedikasi dan menghayati enam aspirasi PPPM. Beliau juga mengatakan bahawa SMATAG berupaya menjadi benchmark/penandaaras di daerah Kota Belud berdasarkan rekod kecemerlangan kerja berpasukannya.


Pelancaran Plan Pembangunan Smatag
Buku Plan Pembangunan Smatag
Pameran Smatag: The beginning....
Sebelum itu, En.Pauzi Majid, Pengetua SMK Taun Gusi Dua dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa APC-2014 dilaksanakan berdasarkan "teamwork dan semangat yakin diri". Dengan tenaga pengajar seramai 30 orang, berupaya melaksanakan majlis yang sepatutnya dilaksanakan 100 orang; menurutnya inilah yang dikatakan smatag:the begining...."orang melahirkan anak 9 bulan, kita melahirkan anak dalam 8 bulan saja" katanya. SMK.Taun Gusi Dua memulakan sesi persekolahannya pada 2.1.2014 dengan enrolmen pelajar seramai 372 orang yang terdiri daripada 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4.

Turut hadir pada majlis itu ialah, En.Abd.Bakhrin Hj.Mohd Yusuf,PPDKB, para pengetua, guru-guru besar, Yang Dipertua Pibagu Smatag En.Bian Adlin serta ibu bapa pelajar. Majlis tersebut turut mempamerkan dokumentasi kerja dan Tamu Mini Smatag.

* antara pelajar yang mendapat anugerah
Alicether Mobie Dapat Anugerah Terbaik Sains & Olahraga
Aerick Malawit Terbaik PJK

Tamu Mini  Smatag

Guru & Pelajar Menjamu Selera

Khamis, 2 Januari 2014

LAWATAN KERJA DATUK JAME ALIP,PENGARAH PENDIDIKAN SABAH BERSAMA YB DATUK DR SALLEH TUN SAID KE SMK TAUN GUSI DUA

ikut peraturan.., ikut disiplin sekolah - DATUK JAME ALIP
LAWATAN KERJA DATUK JAME ALIP,KE SMK TAUN GUSI DUA YANG PERTAMA

Video Clip Ucapan & Gambar-gambar

2 JANUARI 2014 – Hari ini merupakan hari tersibuk di SMK Taun Gusi II. Pertama, kerana hari pertama dalam sesi persekolahan di sekolah yang baru siap ini melibatkan 5 kelas tingkatan satu, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4 melibatkan 372 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan seorang kerani. Kedua, pada hari ini juga sekolah ini mengadakann majlis yang pertama  iaitu menyambut lawatan kerja Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip dan rombongan bersama-sama dengan wakil rakyat N.6 Usukan, iaitu YB Datuk Dr.Salleh Tun Said Keruak, merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Majlis sambutan di adakan di Dewan Serbaguna (Dewan Wawasan) Datuk Pengarah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas khususnya kepada Pengetua Pertama sekolah  ini , En.Pauze Majid dan guru-guru dibawah jagaannya dengan penuh komitmen dan dedikasi. Kedua, kepada pelajar pertama di sekolah ini beliau mengatakan: "kamu sangat bertuah kerana merupakan pelajar pertama belajar di sekolah baru ini" seterusnya beliau memberi nasihat, “ikut peraturan sekolah. Ikut disiplin sekolah. Belajar bersunguh-sungguh. Pelajar SMK Taun Gusi II memang hebat, boleh daripada sekolah lain”, disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SMK Taun Gusi II.

Datuk Dr Salleh Tun Said pula berkata: “Cemerlang atau tidak akademik satu-satu sekolah itu bergantung kepada disiplin pelajar”. Beliau turut membahas keutamaan dalam pembentukan budaya kerja sekolah yang kondusif [dengan menekankan] kawalan disiplin pelajar sebagai prioriti utama. Menurut Datuk Dr.Salleh lagi, "membentuk budaya penyanyang, budaya hormat-menghormati merupakan cabaran bagi sekolah baru seperti SMK Taun Gusi Dua ini yang pelajarnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan".

Antara yang turut hadir: PPD En.Bakhrin Hj.Yusof


Majlis tamat kira-kira pukul 11:30 pagi.