Jumaat, 27 Februari 2015

5 BUAH SEKOLAH DI BELAKANG SMATAG MSSD 2015

SMK Taun Gusi Dua SMATAG 2015 No.4
Kota Belud,Jumaat,27 Febuary 2015 - SMK TAUN GUSI DUA (SMATAG) dengan 8 pingat emas serta menduduki tempat ke-4 daripada 9 buah sekolah menengah tetap diingati dan menjadi sejarah selama-lamanya kerana menjadi saingan sengit kepada 5 buah sekolah menengah di daerah Kota Belud pada MSSD 2015 yang telah berlangsung selama 3 hari di Kompleks Sukan Botung. Menurut En Junaiddi Sualin,PK Kokum smatag, " tahun lepas(2014), team SMATAG tidak dapat beraksi di tahap maksimum atas kekangan atlit dan sebab kritikal lain iaitu sekolah baru memulakan sessi tahun pertama persekolahannya". 

Para jurulatih team smatag bertekad merampas tempat ke-3 atau ke-2 tahun depan (2016), demikian kata-kata keramat En.Johnny Balatek, En.Roy Sham, dan En.Rosli Sodomon selepas sahaja majlis penutupan MSSD 2015 di kompleks sukan botung selesai.

Mereka percaya melalui slogan "smatag go for gold" bakal mengubah persepsi segelintir orang terhadap smatag. "tiada yang mustahil", demikian kata-kata hikmat En Junaidi yang kelihatan teruja dengan pencapaian 8 pingat emas. Beliau juga turut berkampung sepanjang masa kejohanan tersebut.


SMATAG TEAM 2015

Alice Mobie : Olahragawati Peringkat Daerah 2015