Khamis, 16 Mac 2017

SPM 2016 MELETUP !!!

info terkini: "MESYUARAT AGUNG PIBG - 1 April 2017"
Nurul Shafiqah Ramdan - 7A1B1C
Keputusan SPM 2016 SMK Taun Gusi II Meletup-letup !! Begitulah gambaran kegembiraan warga smatag ketika keputusan SPM diumumkan kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh En.Pauze Majid, Pengetua pertama SMK Taun Gusi II. Menurut beliau SMK Taun Gusi II melonjak ke tangga nombor 6 daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud dengan peratus lulus 95.1% berbanding 78.3% pada tahun 2015. Hanya 2 orang sahaja yang gagal manakala pelajar terbaik mendapat 7A, dan  terdapat
4 matapelajaran mendapat keputusan 100% berbanding 2 matapelajaran pada tahun 2015. Turut hadir dalam majlis tersebut,  En.Sikar Datin YDP PIBG SMK Taun Gusi II.




Rabu, 15 Mac 2017

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH 2017

AHLI BAHAS SMATAG TATAP MALAWAN 2018
Menurut Pn.Masreh Durasik, Pertandingan bahas pada kali ini menyaksikan pasukan bahas yang cukup digeruni suatu ketika dahulu telah tumpas (SMA Tun Said). Menurut beliau itu menjadi sejarah di SMK Taun Gusi II. Sementara itu, Pengetua SMK Taun Gusi II dalam ucapan perasmian penutupan pertandingan bahas ala parlimen menyatakan rasa terkilannya  berikutan penyertaan dalam bahas tersebut hanya disertai oleh 7 buah sekolah manakala 2 buah sekolah telah menarik diri pada saat akhir. Beliau mengatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.