Sabtu, 16 April 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2 SMK TAUN GUSI DUA 2016


En.Sikar Datin : YDP PIBG BARU  SMK TAUN GUSI II
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taun Gusi Dua kali ke-2 berjaya dijalankan dengan jayanya. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh  YB Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.6 Tempasuk. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Menurut beliau, kejayaan-kejayaan tersebut adalah bukti wujudnya hubungan baik antara ibu bapa dan guru melalui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Beliau berharap hubungan baik ini diteruskan oleh kepimpinan baru dalam  PIBG demi kecemerlangan sekolah. Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan berjumlah sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00) sebagai tanda sokongannya kepada PIBG SMK Taun Gusi Dua.


Terdahulu itu, Pengetua SMK Taun Gusi Dua En.Pauze Majid mengumumkan bahawa keputusan SPM 2015  SMK Taun Gusi Dua berada di rangking ke-6 dari segi jumlah peratus pelajar mendapat sijil daripada 9 buah sekolah di daerah Kota Belud. Pelajar tertinggi mendapat 7A. Menurut beliau lagi, SMK Taun Gusi Dua juga menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat negeri dalam sukan olahraga.