ikut peraturan.., ikut disiplin sekolah - DATUK JAME ALIP |
Video Clip Ucapan & Gambar-gambar
2
JANUARI 2014
– Hari ini merupakan hari tersibuk di SMK Taun Gusi II. Pertama, kerana hari pertama
dalam sesi persekolahan di sekolah yang baru siap ini melibatkan 5 kelas
tingkatan satu, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4 melibatkan 372
orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan seorang kerani.
Kedua, pada hari ini juga sekolah ini mengadakann majlis yang pertama iaitu menyambut lawatan kerja Pengarah Pendidikan
Sabah, Datuk Jame Alip dan rombongan bersama-sama dengan wakil rakyat N.6 Usukan, iaitu YB
Datuk Dr.Salleh Tun Said Keruak, merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Majlis sambutan di adakan
di Dewan Serbaguna (Dewan Wawasan) Datuk Pengarah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas
khususnya kepada Pengetua Pertama sekolah ini , En.Pauze Majid dan guru-guru dibawah jagaannya dengan
penuh komitmen dan dedikasi. Kedua, kepada pelajar pertama di sekolah ini
beliau mengatakan: "kamu sangat bertuah kerana merupakan pelajar pertama belajar di sekolah baru ini" seterusnya beliau memberi nasihat, “ikut peraturan sekolah. Ikut disiplin sekolah. Belajar
bersunguh-sungguh. Pelajar SMK Taun Gusi II memang hebat, boleh daripada
sekolah lain”, disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SMK Taun
Gusi II.
Datuk Dr Salleh Tun Said
pula berkata: “Cemerlang atau tidak akademik satu-satu
sekolah itu bergantung kepada disiplin pelajar”. Beliau turut membahas
keutamaan dalam pembentukan budaya kerja sekolah yang kondusif [dengan menekankan] kawalan disiplin
pelajar sebagai prioriti utama. Menurut Datuk Dr.Salleh lagi, "membentuk budaya penyanyang,
budaya hormat-menghormati merupakan cabaran bagi sekolah baru seperti SMK Taun
Gusi Dua ini yang pelajarnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan".
Antara yang turut hadir: PPD
En.Bakhrin Hj.Yusof
Majlis tamat kira-kira pukul 11:30
pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan