Isnin, 10 Ogos 2015

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 DAN SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

YB.Dato' Abdul Rahman Datuk Hj.Dahlan
......................................................................
OlehCik Amsah Meri
......................................................................
10 OGOS 2015 menyaksikan buat julung-julung kalinya dua majlis gilang gemilang diadakan pada hari yang sama di SMK Taun Gusi Dua yakni Anugerah perkhidmatan Cemerlang(APC) 2014 dan Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud. SMK Taun Gusi Dua telah di beri kepercayaan untuk menganjurkan dua majlis berprestij ini. Majlis APC yang diadakan seawal 8:00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Seramai 174 orang guru telah diberikan APC bagi menghargai komitmen dan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan.

Majlis sambutan Hari Guru pula dilangsungkan pada jam 11:30 pagi dirasmikan oleh yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman Bin Datuk Haji Dahlan, Menteri Kesejehteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen P169 Kota Belud. Majlis dua dalam satu yang dikelolakan oleh SMATAG sepenuhnya ini disifatkan sebagai satu penanda aras bukan sahaja di peringkat sekolah malah peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud.

Sambutan Hari Guru 2015 ini menobatkan Cikgu Selamat Omar sebagai Tokoh Guru 2015, beliau merupakan mantan Guru Besar SK Pekan Kota Belud. Manakala, mantan Guru Besar SK Tempasuk,Kota Belud, Cikgu Maikat Gindara pula di beri Anugerah Guru Pendidik 2015 sementara En.Suadik Nuar pula di beri Anugerah Kepimpinan 2015., beliau adalah guru akademik terakhir di SK Piasau Kota Belud

Kedua-dua majlis ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama jitu guru-guru SMATAG dalam mengurus dan mengelola majlis.

Majlis tamat kira-kira jam 2:00 petang.







Tiada ulasan: