 |
JANGAN KEDEKUT ILMU - DATUK SALLEH TUN SAID |
SMK TAUN GUSI DUA KOTA BELUD, 12,April 2015 - "Jangan Kedekut Ilmu", demikian kata-kata keramat Tan Sri Datuk Salleh Tun Said ketika berucap dalam majlis penutupan
Program Memperkasa Jati Diri - membentuk motivasi, memperkasa kepimpinanyang di anjur bersama Kelab Piskologi Industri & Organisasi UMS dan SMK Taun Gusi Dua. Menurut Datuk Salleh kepimpinan berkualiti ada hubungkait dengan sikap murah ilmu. Ilmu yang diperolehi di IPT hendaklah dikongsikan kepada masyarakat khasnya kepada golongan pelajar. Melalui program seumpama inilah dapat kita turunkan ilmu, tegasnya. Sementara itu, Cik Hanisah (bekas pelajar
SMK Taun Gusi(SEMTASI) yang juga adalah pengarah
Program Memperkasa Jati Diri - membentuk motivasi, memperkasa kepimpinan amat berpuas hati dan teruja dengan penglibatan luar biasa pelajar-pelajar
SMATAG ke atas semua aktiviti yang di rancang. Menurut beliau, para pelajar SMK Taun Gusi Dua amat berbeza. Mereka bukan saja kreatif dan berdisiplin tetapi menepati masa, katanya.
 |
Cik Hanisah, PENGARAH PROGRAM |
Di tanya tentang pendapatnya berkaitan dengan ifrastruktur sekolah, Cik Hasnah berkata ringkas: "Terbaik!", kami tidak menghadapi sebarang masalah dalam dua hari berada di sini, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan